Blogger Widgets SUKAN SEKOLAH: 2012

Saturday 3 November 2012

Sejarah Sukan

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.

Pantun Sukan

 Kain cindai bawa berjalan,
Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas jasmani cergas.

Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dara dari Mandilin;
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa ceria cergas berdisiplin.

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Burung undan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu;
 Sukan amalan untuk semua,
Rakyat sihat negara maju.

Sayang Singapura sungainya jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik.

Aktiviti-aktiviti Hari Sukan





Guru Besar SK Kompleks Seberang Takir merasmikan Hari Sukan .

Para peserta bersemangat untuk memenangi 
pertandingan dalam mewakili
 rumah sukan masing-masing
Selain itu,di dalam acara sukan kita perlu juga 
perlu mempunyai sikap bekerjasama
Akhir sekali,PK 1Tuan Haji Din bin Yahya  mewakili guru besar menyampaikan hadiah
kepada para pemenang

Faedah Bersukan




  • Bersukan menjadi aktiviti yang wajib di sekolah-sekolah.Pelajar sangat digalakkan menyertai aktiviti sukan.Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan.Dengan bersukan,seseorang itu dapat menyihatkan badan mereka.Sewaktu bersukan,otot-otot akan digerakkan.Selain itu,bersukan juga mengeluarkan peluh.Secara tidak langsung,aktiviti ini akan mengelurkan sisa toksik dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat.Bersukan dapat mengisi masa terluang seseorang dengan cara yg baik.Bagi remaja masa terluang mereka boleh diisikan dengan berlatih sukan bola sepak,bolajaring,sepak takraw dan sebagainya.Kegiatan –kegiatan yg x berfaedah seperti merokok,melepak dan vandalisme akan terhindar.Hubungan antara jiran tetangga dapat dieratkan dengan adanya kegiatan sukan.Penduduk sesuatu kawasan akan bermain bersama-sama di padang permainan.Hubungan erat akan membentuk masyarakat yg harmoni.Perpaduan dalam masyarakat akan terus terjamin.Kesimpulannya,bahawa aktiviti sukan tidak membawa sebarang faedah sepatutnya dibuang daripada fikiran.Penglibatan dalam aktiviti sukan membawa faedah bukan sahaja kepada diri,malah kepada masyarakat dan negara.Kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan mutu sukan negara.