Blogger Widgets SUKAN SEKOLAH: Pantun Sukan

Saturday, 3 November 2012

Pantun Sukan

 Kain cindai bawa berjalan,
Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas jasmani cergas.

Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dara dari Mandilin;
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa ceria cergas berdisiplin.

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Burung undan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu;
 Sukan amalan untuk semua,
Rakyat sihat negara maju.

Sayang Singapura sungainya jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik.

12 comments:

  1. thanks boleh membantu membuat pantun
    terima kasih burung keladi
    nanti kita jumpa lagi

    ReplyDelete
  2. daun pandan daun selasih
    saya ingin mengucapkan terima kasih...

    ReplyDelete
  3. alquran dan hadis sentiasa dihafaz
    ucapan terima kasih ingin dilafaz

    ReplyDelete
  4. Tq....dapat buh dlm karangan....

    ReplyDelete
  5. terima kasih, saya nak copy ya

    ReplyDelete
  6. hmm kenapa nmpk macam pantun dalam buku teks bm nie?
    nk dekat same

    ReplyDelete
  7. can you give the maksud here?

    ReplyDelete